Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Sunday, October 4, 2009

Asal Usul Jin

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan
gelarannya Azazil. Dicipta dari api
(biru), dan telah beramal puluh ribu
tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya
supaya tunduk menghormati Nabi Adam,
mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat
dan perintah turun ke bumi. Jin
terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan
Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua
iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak
Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun
kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab
orang-orang Melayu dilarang mengunakan
kemenyan kerana Jin paling suka dengan
asap yang busuk. Tetapi orang-orang
melayu ini degil, suka sangat dengan
asap kemenyan. Beliau menambah,
orang-orang yang suka hisap rokok itu,
adik-beradik jin lah tuu.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan,
sungai, hutan, lombong, laut,
tempat-tempat tinggi (sptKLCC), tandas dan
kubur.


6) Beliau menasihat apabila ingin buang
air di perjalanan (contohnya jalanraya),
perlu baca " Sala Mun, ' Ala Sulaiman,
Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin
sangat takut dengan Nabi Sulaiman.
Orang-orang Melayu suka sangat membaca
ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang
lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat
datuk. Dan masa bila pula, kita jadi
cucu cicit jin!!!!


7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib,
itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang
tahu menilik-nilik nasib, pembohong... ."
Sirahnya apabila Nabi Sulaiman,
memerintahkan jin untuk membina
istananya, sehingga Nabi Sulaiman
meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di
kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin
tekun membuat kerja di hadapan-nya.
Sehingga anai-anai memakan tongkatnya
dan tongkat tersebut reput dan jatuh
serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka
barulah tahu oleh jin bahawa Nabi
Sulaiman telah wafat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di
lombong-lombong yang airnya tenang,
terutama di waktu tengah malam. Jin suka
mandi di situ, waktu itu. Dilarang juga
buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak
berpenghuni atau rumah yang baru siap
belum duduk lagi, jin suka tinggal di
situ. Sebelum duduk rumah baru, di
galakkan membaca surah Al-Baqarah,
sehingga habis. Jin lari selama 3 hari.
Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang
melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah
malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak
bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali
henti (tekniknya) sebab beliau pernah
jumpa orang yang di rasuk. * Kalau
rajin..Tolong sebarkan maklumat ini
kepada saudara Muslim Muslimat yang
lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah
satu amal yang berkekalan bagi orang
yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
»»  read more

Sunday, September 13, 2009

Renungan buat kita

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang....
Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?"
Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari...." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.Lalu aku bertanya lagi
"Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar.
Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan.
Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan.
Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu.. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!".
Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat.
Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."
Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan.
Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.

Dia berkata"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat.
"Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda?
Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?
Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Walaikumsalam wrb
»»  read more

anda pikir anda masih islam???

kalau anda pikir anda masih islam bacalah...
kalau tidak......Allah saja yang tahu...

Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untukmembacaini....kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagiMahaPengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....
Suatuhari pada masaSembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhn yer dgn pakaian hitam..
tak nampak apa cuma dua bijimata dan membawa mesin gun...
lalu salah seorang lelaki tu bertempik
""Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah itu utk menyelamatkan diri....
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanyatinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"OkPakIman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat"....
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas...
selain terhibur anda fikirlahlah...
" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya20 yg betul-betul beriman... "
" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh..
tapi generasi skrang.. amat lemah..
barukena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."
"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..
tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat orgkampung..
adatu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."
"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apayang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"
"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara,
akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"
"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..
Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama
Lawak kan ??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka email ni untukl uangkan masa membaca? berapa banyak????wallahuaallam..
»»  read more